Welcome To De Ideal Gifts.We 24 hours accept order online.
Total Views:
Join our DE IDEAL GIFTS Fanpage NOW!
Your Position: Home > Young Living > Apa Itu Essential Oil

View History

Apa Itu Essential Oil
Yeoh Pei Yoong / 2017-09-21

     Apa itu Essential Oils?

 

  • ESSENTIAL OILS adalah bahagian tumbuhan yang sangat besar manfaatnya. Ia disuling/diekstrak dari bahagian-bahagian tumbuhan seperti batang pokok, daun, bunga,akar dan lain-lain. Essential oils  adalah seperti tenaga kepada pokok. Perumpaan paling dekat kepada manusia ialah darah. Tanpa darah, tubuh tidak dapat berfungsi.
  • ESSENTIAL OILS sangat banyak manfaatnya kepada setiap  bahagian tubuh manusia sistem rangka/tulang (skeletal), otot (muscular), circulary (peredaran darah dlm tubuh badan), hormon, respitori (pernafasan) dan daya ketahanan badan (internal body strength) dan juga  segi kesihatan emosi dan kawalan berat badan yang sihat (healthy weight).
  • ESSENTIAL OILS boleh membantu kita dalam kehidupan seharian sebagai contoh, apabila kita telah penat seharian bekerja, titiskan sahaja Essential oils ke dlm diffuser dan boleh juga untuk menenangkan anak-anak yang sedang tantrum, atau yang telah penat seharian bersekolah.
  • ESSENTIAL OILS boleh juga dijadikan sebagai alternatif kepaada bahan pencuci harian yang bebas kimia keras dan selamat digunakan. Tahukah anda dengan penggunaan Essential oils ini, kita boleh beransur-ansur mengurangkan pengunaan bahan pencuci berkimia keras ini untuk mendapat kesihatan yang lebih baik.
  • Terdapat 300 jenis essential oils di dalam muka bumi ini. Tetapi untuk mendapat kesihatan yang optimum , hanya perlu menggunakan 10-20 jenis Essential oils sahaja.

Bagaimana menggunakan ESSENTIAL OILS?

Senang sahaja…Kita tidak perlu menjadi aromaterapist untuk menggunakannya.

Terdapat 3 cara UTAMA untuk menggunakan ESSENTIAL OILS ini iaitu;

  1. Sapuan – titis di tapak tangan dan sapu di bahagian yang tertentu
  2. Hidu- titis atas tapak tangan dan hidu, atau hidu dr botol
  3. Pemeruapan – Titiskan essential oil ke dalam alat pembauran (diffuser) untuk menghasilkan wap

*Cara tambahan  adalah dengan cara menelan isitu titiskan essential oil  ke dalam air minuman atau masukkan ke dalam kapsul (cara ini hanyalah untuk rangkaian essential oils VITALITY sahaja. Untuk makluman, rangkaian Vitality belum masuk ke dalam pasaran Malaysia lagi)


Bagaimana ESSENTIAL OILS bertindak ke tubuh badan?

ESSENTIAL OILS meresap dalam masa 3 saat sahaja ke dalam organ utama tubuh dan hanya mengambil masa 26 saat didalam sistem peredaran darah kita apabila di sapu. Wow! Cepatnya!


Sejarah ESSENTIAL OILS

Bagi orang Barat, ESSENTIAL OILS telah di sebut didalam kitab-kitab purba mereka. Tamadun-tamadun purba seperti Babylon menggunakan Cedarwood, Myrrh dan Cyprus. Orang Arab pula menggunakan ESSENTIAL OILS untuk kecantikan dan merupakan pencipta deodorant dengan menggunakan ESSENTIAL OILS sebagai satu bahan dalam deodarant tersebut. Kemudian selepas Perang Dunia Ke-2 barulah ESSENTIAL OILS ini di jumpa semula dan kajian sains terhadap penggunaan nya telah meningkat dari tahun ke tahun.


Jenis-jenis ESSENTIAL OILS

Terdapat 4 kategori;

  1. Grade A therapeutic ; dari tumbahan yang di tanam secara organic dan di suling/ekstrak pada suhu yang rendah
  2. Gred B , adalah food grade, tetapi ada mengandungi sintetik, fertilizers,racun perosak (pesticides)
  3. Gred C, adalah minyak pewangi/perfume yang mengandungi bahan tiruan dan pelarut untuk mendapatkan lebih kuantiti daripada tumbuhan tersebut. Pelarut adalah bahan yang sangat bahaya dan juga digunakan bersama 80-95 peratus dengan alcohol.
  4. Gred D pula adalah kebiasaanya di panggil floral water/air bunga, yang merupakan hasil sampingan dari proses Grade A distillation apabila ESSENTIAL OILS telah habis di ekstrak. Ia merupakan hampas tumbuhan tersebut.

Kesimpulannya, Gred A adalah minyak yang paling tulen. Grade D pula adalah sama seperti jus buah yang jus buah yang kita campurkan 95 % air. Sebab itulah kenapa kita perlu pilih Grade A.

Sebelum kita membeli sesuatu Essential oils itu cuba kaji…

  • adakah pengeluar minyak mempunya ladangnya sendiri?
  • menanam tumbuhan-tumbuhan tersebut sendiri?
  • bagaimana kawalan terhadap penggunaan racun perosak?

Young Living adalah minyak ESSENTIAL OILS grade A, jadi ia adalah tepat dalam usaha kita mengurangkan penggunaan bahan kimia dalam kehidupan kita seharian.

Young Living mempunyai prosedur berstandard tinggi dan unik iaitu SEED TO SEAL yang mana …

  • tumbuhan dituai secara manual
  • tiada pesticides
  • tiada bahan kimia
  • dituai pada waktu yang tertentu
  • dan diproses pada suhu dan tekanan yang sesuai dan tepat.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di website SEED TO SEAL ini.


Kenapa harga ESSENTIAL OILS lain lebih murah?

Untuk mengurangkan kos. Sekiranya tumbuhan tersebut disembur dengan pesticides , dicampur dengan bahan pelarut bermakna lebih banyak tumbuhan dapat dituai untuk diesktrak patinya. Boleh jadi juga minyak tersebut dicampur dengan minyak lain juga untuk mendapatkan lebih kuantiti berbanding kualiti.


Bagaimana ESSENTIAL OILS ini dihasilkan?

Untuk menghasil essential oils…

  • Lavendar – diperlukan 100kg lavender –untuk hasilkan 3 kg essential oil
  • Rose – diperlukan 60,000 kuntum bunga ros – untuk hasilkan 1oz/30ml essential oil
  • Jasmine – diperlukan 8 juta kuntum bunga jasmin –untuk hasilkan 1 kg essential oil
  • Sandalwood – ketinggian pokok mesti melebihi 30 kaki dan berusia 30 tahun sebelum di tebang dan diekstrak patinya.

Selamatkah guna ESSENTIAL OILS ni?

Ada beberapa jenis ESSENTIAL OILS ni yang agak senstitf sekiranya terdedah secara terus dengan matahari. Sebagai contoh lemon, grapefruit dan minyak citrus yang lain. Apabila menggunakan ESSENTIAL OILS perhatikan sekiranya kulilt terasa pedih atau menjadi kemerahan. Cairkan minyak tersebut dengan minyak lain atau dikenali sebagai carrier oil. Carrier oil yang elok digunakan adalah yang berasaskan tumbuhan seperti Virgin Coconut Oil, Olive Oil, Palm Oil dan lain-lain. Dengan menggunakan carrier oil, ia dapat membantu molekul essential oil tersebut meresap dengan baik dan disapu rata ke bahagian yang lebih luas.

Penggunaan ESSENTIAL OILS juga perlu lebih berhati-hati disekitar mata kerana ada minyak yang bersifat panas spt peppermint. Sekiranya perlu menggunakannya di sekitar mata hanya sapu tuangkan di tapak tangan dan sapu menggunakan hujung jari.

Berbalik dengan isu menelan  essential oils tadi, secara umumnya Essential oils tidak di ketahui samaada boleh ditelan atau tidak. Tetapi Young Living adalah satu-satunya pengeluar ESSENTIAL OILS yang telah mendapat kelulusan FDA (seperti KKM di Malaysia) untuk ditelan sebagai perasa minuman atau supplement. Rangkaian khas essential oil untuk pengambilan secara internal (telan/makan/minum) dipanggil VITALITY range. Vitality range masih belum memasuki pasaran di Malaysia.

Seterusnya, cuba kita lihat kandungan bahan-bahan pencuci yang kita gunakan seharian di dapur dan bilik air.
Setiap hari, kita menggunakan lebih 300 bahan kimia pada tubuh badan kita terutamanya wanita seperti alat solek
, sabun , penjagaan kulit muka, penjagaan rambut, dan lain-lain. Bila kita menggunakan Young Living, kita hanya menggunakan satu bahan sahaja, spt lemon dan lavender, tiada bahan  tambahan kimia keras  yang lain.

Hmm, agak menakutkan betul tak?

Saya ingin berkongsi bagaimana saya menggunakan Young Living Premium Starter Kit ni dalam kehidupan seharian bagi mengurangkan  kebergantungan pada produk komersil berkimia keras.

  1. Frankincense – sangat bagus untuk kecantikan kulit. Aromanya juga sangat menenangkan , campurkan dengan lavender dan minyak carrier seperti jojoba, argan, dah boleh buat  sendiri serum kulit cantik . Jimat dan yang penting organic dan custom made
  2. Lavendar – relaxing, titiskan di dalam diffuser untuk tidur yang berkualiti, dan sangat bagus untuk kulit dan rambut. Pelbagai kegunaan yang lain, sangat versatile.
  3. Peppermint – membantu sistem penghadaman, sangat berguna semasa work out. Sifatnya yang berangin sangat membantu melegakan pening kepala dan loya
  4. Purification – minyak campuran yang sangat elok utk menyingkiran bau-bauan yang kurang enak. Sekiranya ada masalah kaki berbau, bau badan boleh gunakannya dengan dicairkan dengan carrier oil.
  5. Thieves – membantu ketahanan badan dan kegunaan oral seperti ubat kumur dan sakit gigi. Membantu kesihatan secara optimum.
  6. Stress Away – Namanya saja jelas apa fungsinya. Membantu dalam emosi yang sihat. Antara minyak yang sangat sesuai untuk kegunaan harian
  7. Panaway – Minyak panaway sangat sesuai digunakan selepas bersenam atau apa-apa aktiviti fizikal untuk melegakan otot-otot. Sapukan pada tempat yang bermasalah. 
  8. Copaiba – Untuk kegunaan secara total bagi setiap sistem tubuh badan manusia dan bagus untuk kulit
  9. Digize Minyak yang terbaik bagi masalah penghadaman. 
  10. R.C- sapuan kerap di dada, belakang dan tapak kaki sangat membantu kesegaran bernafas
  11. Lemon – kesukaan orang ramai dan harganya sangat mampu milik dan ekonomi. Juga membantu sistem ketahanan badan. Sesuai bagi mereka yang ingin membuat detox.

Artikel ini ditulis oleh ahli Team Mak Minyak, Puan Rizua Junaida

Previous:精油简介

User Comment(Total0User Comment Num)

  • No comment
Total 0 records, divided into1 pages. First Prev Next Last
Username: Anonymous user
E-mail:
Rank:
Content:
Verification code: captcha